Sunday, January 20, 2013
perempuan robot
curi la sikit masa untuk bersatu.tak luak pun,janji jumpa.hari last ni,nak tak nak. kene jugak jumpa.
"kita jumpa malam nanti kat KFC boleh?" text yg aku hantar pada dia. tapi dia balas dgn kata tak. balik kampung katanya. Dgn pantas otak berpusing susun rancangan. Set petang nanti dekat Tanjung Chali.pukul 4p.m. Terus kerah tenaga biar kerja siap sebelum lewat petang,sebelum 4 petang.Siap kerja bergegas balik siap lawa-lawa.
Tanjung Chali jadi tempat janji temu.Dia ada rancangan dia. ke sawah padi ke pantai jadi pilihan hati dia. Lagipun aku memang teringin ke sawah padi.Aku ikutkan sahaja,
Bersatu hati keliling sawah padi tangan aku digengam erat.lansung tak ada usaha utk lepaskan tgn aku biarkan sahaja.aku suka........Atas jambatan yang berpusu pusu kereta motor lalu lalang menjadi tempat terakhir pilihan dia untuk kami bersatu.Matahari terbenam menjadi sebab keras dia gigih daki jugak jambatan tgi menggunung tu....Aku ikut sahaja langsung tak membantah.
Gambar penuh makna tersemat dlm memory camera Nikon aku.Matahati yang tadi sedang ingin menyorok tersentak mungkin sebab ucapan "i love you" pada dia .Langsung dia tergamam,ketawa kecil sahaja yg aku dengar.Aku tahu ini cerita cinta 3 penjuru. Mampus!!
..........Aku pulang cara aku,dia pulang cara dia.Disatu titik perpisahan yang memisahkan kami.Dia terus pulang membawa diri.Mungkin memory kita bersama tadi dan semalam tersemat dalam dalam,jauh di ufuk hati merah dia. Mungkin! hanya anggapan aku sahaja.kenyataannya hanya dia yg tahu
dan malam itu aku cuba hubungi dia.menyatakan berat hati ingin berpisah.Tapi yg menjawab hanyalah wanita robot yang aku benci,mungkin korg juga turut benci dgn wanita robot tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment